Halaman

Jumaat, 10 September 2021

H E B A T

 

Ini Semua Tentang Hebat

hari ni aku mok luah segala isi perut luaran dalaman aku Ok... 
Jom ceria kan hari kita semua seceria mentari pagi .. 

 

BANGGA vs HEBAT 

Kalau ada yang bertanya pada torang. Torang bangga kah dengan dirik torang.. Adakah Torang rasa Diri Torang Hebat .. Hebat melebihi orang lain.. 

Mun Orang tanya aku.. Tok yang aku akan jawap.. 

" Yes , aku bangga dengan diri aku sebab Aku sik malu untuk jadi diri aku sendiri.. Hebat xlah hebat ney kan.. Walau x kaya , tapi aku mampu genggam impian aku. " 


bila dah semua nya dah comel dan tidak tunggang langgang maka ayat-ayat nya pun mesti lah dahsyat. Nahhh .. baru semua yang baca tak bosan...😬

aku sikmok jadi blogger yang tah apa-apa.. 

kerja nak kutuk orang je. kalau boleh sentiasa rasa mcm nak kritik orang lain.
ingat aku tok pengkritik kah, atau buang tebiatt ?


aku pernah tertipu, di tipu, menipu dan segala yang nipu-nipu ni hanya untuk nampak hebat..

apa faedah nya? Bukan masuk melodi pun .. Silap- silap , habis Kenak Viral , Kenak Kecam bagai.. 

orang cakap, Dalam HIDUP tok, Sik semua apa yang kita INGINKAN kita boleh DAPAT.
HERM... YA ORANG YANG CAKAP LAH .. TAPI BUKAN AKU... 

sebab? 
TANPA MATLAMAT,  HIDUP KO NOTHING .. 

tanpa usaha dan doa. Walau kau yakin kau boleh, Walau kau yakin kau tu hebat.
Memang... Kita hanya Mampu Merancang . 

Fikirlah.. Sikkan senang-senang Ko nak give up konon just berserah pada takdir..
takdir apa nak ko harap..  Mun sendiri Sedar kalau dirik ya pemalas? Bangun Tidur pun Matahari dah Tinggi Atas kepala ..

takdir apa kalau dirii Sendiri memang xpernah Serius capai matlamat .. Pendirian pun sik teguh.. 



yakin dengan diri sendiri, yes aku boleh, aku nak itu, aku mesti juak dapatkan dengan apa cara sekalipun..



dalam salatun salatin hidup aku, aku tak akan pernah menyerah.
untuk apa hidup kalau semua nya bergantung pada takdir?
Ayat Klisheee... 
"aku pasrah"😩πŸ˜ͺ konon nya tek..
"aku redha"  πŸ˜‚πŸ˜ boleh blah ah kau.

jadi manusia ni kena nampak hebat. bukan hebat sombong bodoh.
tapi hebat dengan sesuatu yang korang boleh tunjuk dekat orang lain.
bukan hebat bila gambar kau di fb dapat like ribu ribu.
bukan hebat sebab blog kau ada orang follow berjuta juta orang baca.
dan juga bukan hebat bila video kau di youtube orang share di laman sesawang yang bersawang ni..

hebat lah sebab kau ya memang hebat. 

hebat ,  faham sik jenis hebat yang ku sibuk Pokpek pokpek dari tadik tok.?? Herm... Mun kurang faham ya, Buat- buat lah faham jak ok..  

Mok tauk apa yang hebat tentang manusia Tok ?

manusia hebat bersandiwara. Manusia banyak yang hidup dalam lakonan.
Macam ayat pujangga yang kita selalu dengar .. 
dunia ibarat tempat pentas lakonan.
 kisah hidup kau ibarat drama di astro ria.
lakonan lebih hebat dari maya karin. kalah angelina jolie.

itu hakikat semula jadi kaum manusia tok..  memang terkadang kan , 

depan manusia lain kita lah malaikat.
belakang manusia, kita lah iblis kita lah setan.


NOTA KAKI ... 
wahai kaum perempuan di luar sana..., aku tahu kita ni lembik. aku tahu kita ni lemah.
tapi, semua ya bukan halangan untuk kita sebagai kaum perempuan menjadi hebat dan dapatkan apa yang kita inginkan dalam hidup tok..




kalau lah aku ada kuasa yang paling power dalam dunia, aku mok semua yang aku dah senaraikan jadi kenyataan.

RENUNG-RENUNGKANLAH .... 


❤BILA KITA DI USIA TUA ... ❤

Kalau anak² sudah berkeluarga dan meninggalkan kita ,  giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri.caranya:

☝πŸŽ…πŸ‘³
1. Bila kita tua ...
Lebih dekatkan diri kepada Tuhan dan Luangkan waktu bersama pasangan kita berdoa dan bersyukur karena salah seorang dari kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.

☝πŸ‘³πŸŽ…
2. Bila kita tua ...
Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, selagi masih berkemampuan, jalan²lah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Tuhan, dengan mengagumi keindahan ciptaan NYA.

πŸŽ…πŸ‘³πŸ™Œ
3. Bila kita tua ...
Jangan susahkan  diri memikirkan anak² secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri.
Anak-anak sdh diberikan rezeki dan tanggungjawab  msg2 yg tidak kita fahami.

☝πŸŽ…πŸ‘³
4. Bila kita tua ...
Adakan pertemuan pertemuan dengan keluarga besar jangan hanya pada saat ada yang sakit atau meninggal baru berkumpul dan Luangkan waktu  bersama rakan² lama karena peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu, sesering mungkin jalan2, bersenang2 dan nikmatilah hidup ini dgn penuh sukacita bersama teman-teman dan keluarga .

☝πŸŽ…πŸ‘΄
5. Bila kita tua ...
Terimalah penyakit apa adanya kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, iaitu : lahir bayi, kanak², dewasa, tua, sakit dan mati.

πŸ‘†πŸ‘΅πŸ™ŽπŸ‘°

... Nasihat bijak ...

"Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan yg seperti wang logam : depan lain belakang lain...

πŸ™✍❤


DUNIA Hanya Pinjaman


Kehilangan buat kita belajar untuk menerima dan mensyukuri dengan apa yang masih kita miliki.

Kehilangan adalah salah satu cara untuk kita belajar ikhlas tanpa batas.

Kadang manusia harus sampai kepada titik kehilangan untuk mengerti erti sebuah kehadiran, kasih sayang dan kesetiaan.

Allah memberikan ujian berupa kehilangan pada kita untuk mengajarkan hikmah di dalamnya.

Kadang, kita harus kehilangan seseorang sebelum akhirnya kita sedari betapa bermaknanya dia dalam hidup kita.

Jangan sesali apa yang telah hilang, selama kita masih mampu bersyukur pada Allah, kita tak kehilangan apapun.

Sedari dan hargailah apa yang kita masih ada di keliling kita, kerana itu adalah bentuk rasa syukur dan menghargai diri kita sendiri.

"Terima kasih kerana sebelumnya telah banyak memberi kebahagiaan." Kini sedar, salah satu bentuk dari mencintai adalah merelakan ia pergi.

Terkadang, ketika kamu kehilangan seseorang yang kamu sayangi, kamu akhirnya menemukan dirimu kembali.

Maka,
Sesiapa yang masih diberi pinjam, hargailah mereka selagi ada. Hamparkan kebaikan buat mereka, jangan berkira-kira.. kelak kamu akan terasa setelah mereka tiada.






Tiada ulasan:

NOUFA SKINCARE BEAUTY

#noufasurprise  “ New Look Advance Formulation “ noufaskinhq akan sentiasa cuba berikan yang terbaik untuk #noufalovers . Dan setiap idea d...